↧
# Rabu Yang Senyap 22 : Ada makna tu...
↧
Kiu Tao@Kucai
Kat Johor, kami panggil Kucai. Sesuai hidup di tanah gambut sebab tulah senang nak jumpa di Johor dan Selangor. Kat Kedah, tanahnya tak sesuai untuk kucai ni. Sekarang, kat Johor pun susah nak dapat. Kalau ada pun, halus buahnya..alamat, bercinta nak "menyiangnya". Terjumpa sayur ni di sebuah pasaraya di SP. Depa bagi nama sayur ni Kiu Tao. Cam bunyi kuey teow lak. Dulu, sayur ni tak ada harga, la ni, kus semangat.. RM8 sekilo.
Encik Suami suka masakan kucai versi Jawa ni. Tumiskan bawang merah, bawang putih, udang (@bilis) berserta cili hiris dengan tempe dan tambah sedikit santan. Satu lagi versi yang pernah dibuat ialah tumiskan bumbu dengan "buah kucai" bersama cili hijau hiris beserta petai. Orang luar Johor/Selangor...pernah cuba tak makan kucai a.k.a Kiu Tao ni?
P/S Dah berusia ni...suka cari makanan zaman kita kecil-kecil dulu...

Restoran Farid's Grill@Sg.Petani
Mencuba western food di Restoran Farid's Grill, satu restoran masakan barat yang baru dibuka di Sg.Petani. Tak jauh dari Giant Supermarket. Dibuka jam 6 petang hingga 12 malam.
Betul-betul sebelah Agro Bank
Si Abdul 1 memang peminat western food. Dalam seminggu kalau tak pekena western food, macam ada yang tak kena dibuatnya. Setakat spaghetti, biasa buat sendiri di rumah. Tapi bab grilled, chop sini, chop sana dan sewaktu dengannya...minta mahaplah..
6 pilihan sauce untuk dipilih pengunjung
Mem Besar punya...Roasted Lamb. Ada tambahan nasi (cam Nasi Beriani). Tapi nak habaq...small portion je. Sesuai dengan perut Anim. Berbeza dengan di Le Boss, jenuh nak menghabiskan.
Ni Encik Suami punya. Chicken grilled. Small portion juga. Dia kata sesuai dengan perut dia jugak. Tak banyak sangat. Chicken Cream Sauce boleh tahan sedap.
2 Abdul pilih menu yang sama. Lamb Chop. Small portion jugak. Si Abdul 1 makan sampai licin pinggan. Kenyang katanya.
Yang kami risau si Abdul 2 ni. Dia ni kalau tak makan nasi, macam masih belum makan. Untuk makluman, kat Restoran Farid's Grill ni ada menu Nasi Beriani dan seangkatan dengannya tapi dia yang tak mahu . Sudahnya...nasi dipinggan Anim yang dikenennya.....
P/S Harganya berpatutan. Rasanya macam tak de service caj, not sure. Agaknya kerana lokasinya yang terlindung dari hingar bingar suara manusia dan kenderaan. Kami anak beranak makan sambil berbual dalam keadaan santai sampai lupa banyak perkara. Kekacang dan ais kosong yang dihidangkan sebaik melabuhkan punggung di kerusi restoran pula terlupa nak dicapture.

Kaedah terbaik elak mengumpat
Mengumpat atau ghibah ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada oranglain. Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam besabda: "Mengumpat itu adalah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"
Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Ia termasuklah menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.
Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam mengingatkan lagi, "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa dari zina. Sesungguhnya orang yang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat." (Riwayat Ibnu Abiad Dunya dan Ibu Hibban)
Para ulama sufi terdahulu apabila terasa hendak mengumpat, akan menepuk mulutnya sendiri. Menurut mereka, terdapat dua cara melawan keinginan berbuat jahat:
1- Apabila terasa hendak buat jahat, hati cepat- cepat berkata. "CUKUP! BERHENTI DI SINI!"
2- TAHQIQ iaitu menyakitkan anggota badan untuk memberi peringatan para diri supaya tidak melakukan kemungkaran.
Diceritakan, ada seorang ulama tassawuf tiba-tiba membuka pakaiannya dan berguling-guling di atas padang pasir yang panas membakar. Apabila diselidik mengapa dia bertindak begitu? Rupa-rupanya hatinya terdetik ingin melakukan kejahatan . Lihatlah, betapa hebatnya orang-orang soleh zaman dahulu memelihara diri mereka daripada kemurkaan Allah.
(Sumber dari Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, majalah Q&A edisi 14)
Lantas bagaimana pula kita yang menggunakan jari sebagai medium umpatan kita. Kita bukan tergolong dari mata turun ke hati kemudian turun ke mulut. Kita ni dari mata, turun ke hati, terus turun ke jari mengetuk keyboard. Bukan nak mengata oranglain tapi mengata diri sendiri. Adakala apabila emosi marah dan geram melanda, melihat sesuatu yang tak kena di depan mata..jari terlalu ghairah nak bercerita.
Takut memikirkan apa yang kita tulis dan published menjadi beban buat kita bila kita kembali menemui Pencipta. Kita buat salah kat seseorang, minta maaf kat dia, dia ampunkan...dia tak ingat, kita tak ingat, orang pun dah lupa. Tapi jika entri kita tetap wujud dan tetap dibaca pula oranglain hingga ke hari kiamat, ya Allah...betapa seksanya kita melihat dosa yang mengalir setiap detik mereka diluar sana membaca entri kita.
P/S Dok semak dan ingat balik kot-kot ada entry "terlampau" yang dipublished dan nak delete ( masya-Allah, ada 800+ published entries...moga Allah permudahkan). Insya-Allah, mungkin itu tidak terlalu sukar untuk dilakukan, hanya kekangan masa namun memohon kemaafan itu yang terlalu sukar andainya diri ini tak mengetahui di mana si polan berada.

Wuduk dengan sebotol air mineral
Terpaksa pendekkan video yang Anim ambil dengan hp di hari terakhir kursus haji bersiri oleh Ustaz Mat Tea 'O' di Masjid Sg.Pasir, SP pagi Jumaat lalu.
Hanya anggota wuduk muka dan tangan saja yang dapat ditunjukkan.
2 anggota wuduk basah yang lain ialah menyapu air di kepala dan 2 kaki.
2 kering ialah niat dan tertib.
Semoga menjadi panduan kita yang mungkin berhadapan masalah kekurangan air ketika bermusafir, ketika dalam keadaan sesak yang menyukarkan kita berwuduk di tempat yang disediakan atau boleh juga menjadi panduan kita untuk berwuduk di dalam kapal terbang untuk melakukan solat jika berkesempatan.
P/S Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam serta sahabat juga berwuduk dengan bekas air yang kecil. Mampukah kita melakukannya dalam amalan kita sehari-hari?
↧
↧
Gara-gara mencari passport hilang
Bila passport Anim yang dicari sejak sebulan lalu masih tidak ditemui ( yang peliknya passport Encik Suami dan 2 Abdul masih tersimpan elok di tempat biasa), Anim give up dah. Ajak Encik Suami temankan buat passport baru. Depa kata kena buat police report dulu, lepas tu kena angkat sumpah kat Pesuruhjaya Sumpah sebelum prosedur selanjutnya. Tapi Encik Suami suruh cari lagi. Mesti ada di mana-mana. Rumah tu baru 40% diselongkar katanya (termasuk dapur dan bilik air).
Kalau pencarian di master bedroom tempohari menemukan album duit lama, cuti hujung minggu lalu Anim beralih pula ke bilik ke 2. Bilik yang digunakan tetamu yang datang bermalam di rumah. Bukan boleh selongkar semua bilik sekaligus. Siksa nak kemas balik nanti. Beg-beg besar masa p umrah dan persiapan haji tahun lalu (tapi tak dapat p) masih ada di situ. Tak tergerak nak tuju di situ kerana begitu yakin segala isi perut beg semua sudah dikeluarkan tahun lalu. Beg besar beroda yang dicapai dulu. Ternampak 2 beg sandang pemberian pihak travel. Satu, kosong tanpa isi...yang satu lagi, masya-Allah....menjerit kegirangan.
Passport masih berada dalam beg sandang semasa p umrah Mei tahun lalu. Memang tak sangka betul sebab Anim rasa dah kemas dan keluarkan semua isi. Alhamdulillah.tak perlu selongkar bilik lain, tak perlu mengadap pak polisi dan pesuruhjaya sumpah..Sempat bersujud syukur..
Ada lebihkurang SR 350 dalam beg sandang itu. Terkejut. Kami sangka sudah habis ditukar ke RM sewaktu pulang tempohari. Kalau ada pun mungkin dalam jumlah kecil saja dalam 10@20 riyal saja.

Tasbih tawaf yang kita masukkan ke jari ini langsung tak teringat nak pulangkan balik kat Bonda. (3 dari kanan tu Bonda buat sendiri). Bonda pinjamkan pada kami tahun lalu. Duduk tersorok dalam beg sandang yang sama. Cepat-cepat telefon Bonda. Hee...Bonda terlupa mana disimpannya tasbih tawaf itu (walhal dia beri Anim pinjam). Kata Bonda, dia baru bercadang nak ajak adik ke Mydin untuk beli manik (nak buat sendiri).
2 lagi tasbih tawaf (putih) tu sedekah dari jemaah negara luar. Depa agih-agihkan (sedekah) kepada jemaah dalam Masjidil Haram lepas solat. Hebatkan cara mereka bersedekah. Bukan dengan wang ringgit. Tetapi dengan 7 biji manik yang diikat menjadi tasbih untuk digunakan semasa bertawaf.
Note: Untuk yang 1st time berumrah, jangan guna jari, jangan guna tasbih digital (yang picit-picit) kerana peratus untuk silap kira bilangan tawaf, tinggi
P/S Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dari kehilangan satu passport...boleh jumpa macam-macam.
↧
Angin Ahmar: Sejarah dan doa
Angin ahmar ialah sejenis angin yang dicpta oleh Allah SWT berwarna merah. Di Malaysia angin ini disebut sebagai penyakit mati sebahagian badan yang biasanya datang dengan tiba-tiba dan sukar diubati.
Walau bagaimanapun dengan rahmat dan belas kasihan Allah SWT kepada hamba-hambaNya, maka melalui Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam, umat Islam telah dikurniakan doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut disamping lain-lain penyakit berbahaya dan bala bencana.
Penyakit angin ahmar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri, telah wujud semenjak zaman Nabi Sulaiman a.s. Semasa baginda menerima untuk menghadap seluruh rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba baginda berasa ujub atau bangga diri, dalam hatinya berkata siapakah makhluk Allah SWT yang tidak mahu tunduk kepadanya.
Seketika itu juga menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia bertubuh besar, gagah dan hebat serta garang, Nabi Sulaiman a.s terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa dia bernama ar-Raihul Ahmar (angin ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya daripada segala penyakit. Ia diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang hingga hilang akal.
Lalu Nabi Sulaiman a.s segera mengarahkan panglima-panglimanya untuk membunuh ar-Raihul Ahmar. Namun lembaga itu menjawab tiada sesiapa makhluk yang boleh membunuhnya, kemudian segera menghilang.
Angin ahmar itu masih ada hingga zaman Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam dan zaman kita sekarang. Pada zaman Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam, cucu baginda iaitu Saidina Hassan bin Ali r.a pernah terkena penyakit angin rongga dan keluar darah. Ketika itu turun malaikat Jibrail a.s dan memberitahu baginda bahawa Hassan a.s terkena penyakit angin, lalu baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibrail a.s menjawab 'ada' lalu ghaib.
Sebentar kemudian Jibrail a.s kembali dan memberitahu Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam bahawa Allah SWT telah mengurniakan doa mustajab bagi sesiapa yang membacanya walaupun sekali seumur hidupnya. Baginda Sollallahu Alaihi Wassalam pun membaca doa tersebut dan dalam masa yang singkat sembuhlah Saidina Hassan a.s, boleh berdiri dan sihat walafiat. Baginda Sollallahu Alaihi Wassalam lalu menganjurkan kepada para sahabat agar mengajarkan doa ini kepada sekalian umat Islam.
Mereka yang terkena penyakit angin ahmar ini hendaklah berusaha mengamalkan membaca doa ini seberapa kerap terutama selepas solat. Sesetengah ulama menulis doa tersebut dengan dakwat pada mangkuk atau pinggan putih, kemudian dibasuh dengan air lalu sebahagiannya diminum dan bakinya disapukan kepada anggota yang terkena penyakit tersebut.
Yakinlah doa ini, kerana dengan keyakinan, insya-Allah mereka yang terkena penyakit angin ahmar akan segera sembuh, terutama jika angin ahmarnya belum terlalu berat.
Bertaqwalah kepada Allah SWT kerana dengan taqwa kepada Allah SWT doa kita akan dimakbul oleh-Nya. Amalkanlah membaca doa ini selalu, paling kurang sekali seumur hidup, insya Allah akan terhindar dari penyakit yang berbahaya ini.
* Sejarah dan Doa angin ahmar ini diperolehi dari naskhah kecil (gambar di atas) sewaktu menghadiri kuliah Subuh di Masjid Taman Keladi, SP pagi Sabtu lalu oleh Ustaz Hj Yusri b. Abd Karim, Pengetua Darul Quran Nurul Hasanah, Kuala Selangor yang juga penceramah agama yang muncul di Tanyalah Ustaz dan beberapa rancangan agama di TV. Doa angin ahmar ini terlalu panjang untuk discan. Anim jumpa doa yang serupa dari awal ayat sampai ayat terakhir di sini. Wallahua'lam.
P/S Ingin menyumbang untuk Darul Quran Nurul Hasanah? Mereka juga sedang membina Nurul Hasanah Islamic Care (Warga Emas) yang berorientasikan keagamaan dan tidak bermatlamatkan keuntungan malahan menambahkan projek khidmat masyarakat atau umat Islam. Seronok mendengar Ustaz bercerita, warga emas yang ada sedang menghafaz Al Quran walaupun setengah ayat sehari...kita macamana pulak? Salurkan sumbangan anda ke akaun Darul Quran Nurul Hasanah (Bank Islam: 12083010012816).
↧
Kreatifkah saya???
Depa ni murid Tahun 1 yang masih belum boleh menguasai kemahiran membaca dan mengira. Malah menulis nama pun masih perlu menyalin dari name tag mereka sendiri. Tapi...bila bab kerja tangan, boleh buat kita terkejut.
Cikgu boleh agak apa yang telah terhasil...
Yang ini pun cikgu boleh teka...
Berkerut dahi Cikgu. "Ini anjing" jelasnya. Sampuk kawan disebelah, " Macam tulang ikan aja". Cikgu pulak ingat lembing sebab serupa lembing yang terpacak kat kuil...hee...
6 biji disusun teratur. Abstrak betul "idea" ni. Namun hampir tergelak bila dengan selamba dia menerangkan , "Ini teloq"..hmmm...dia dah kering idea nak buat apa agaknya, hee...
Bulat biji mata si hero sambil tersenyum bila Cikgu sebut satu persatu, "Ini ular, ini pokok". Wah, pandai cikgu teka. Tapi, yang 3 ketul ni apa pulak ek. "Yang ni anak ular ke?" sambil tunjuk kat 3 ketul kecil atas meja. Sambil tersengih dia menjawab, "Bukan. Itu mercun bola". Haaaaah?????
↧
Pendakwah Cilik Fasih 4 Bahasa
Fatimah Az-Zahra, berusia 12 tahun , penuntut Maahad Tahfiz di Lampung, Sumatera, Indonesia. Usia baru setahun jagung, selain boleh berbahasa ibunda (of course), fasih berbahasa Arab, Inggeris dan bahasa Jepun (bersekolah tadika di sana) . Dan yang lebih membanggakan, Fatimah juga hafizah 3 juzuk Al Quran.
Malam tadi, selepas solat Isyak, selepas Majlis Ilmu oleh Tok Gurunya, Ustaz As Salam ( pengasas Maahad Tahfiz), dia berdiri di depan kariah Masjid Taman Keladi untuk menyampaikan tazkirahnya "Fadilat Al-Quran" dalam 4 bahasa. Walaupun kami tak faham waktu dia menyampaikannya dalam bahasa Arab dan Jepun tapi...tersentap di kalbu, alangkah sejuknya hati seorang ibu bila dikurniakan seorang anak yang diberikan anugerah dan bakat menyampaikan ilmu (berdakwah). Rasanya...bukan Anim saja yang sayu hati bahkan ibu-ibu lain yang ada bersama malam tadi. Harap-harap begitulah. Bukan sayu hati kerana melihat si cilik kita "tertewas" di pusingan untuk ke final . La ni, si cilik banyak di kaca TV. Depa tunjuk bakat menyanyi, bakat menari. Bila terkeluar...mak dan nenek menangis kerana bakat si cilik terhenti diseparuh jalan..
Fatimah Az Zahra juga berbakat dalam penulisan. Dalam usia 12 tahun, dia menjadi wartawan di Lampung, Sumatera dan telah menghasilkan 2 buah buku di sana.
P/S Sempat membisikkan di telinganya, "Mudahan-mudahan kamu boleh berdakwah di Jepun".

Semoga pulang membawa umrah mabrur
Jumaat malam 8/2/2013, dalam kesibukan pengguna jalanraya berada di jalanraya kerana CNY, Anim & 3 Abdul sudah berada di rumah my younger brother di Kota Warisan, Sepang. Alhamdulillah...kami 11 beradik semua dapat berkumpul malam itu. Kak Long suami isteri dan 2 anak dari Terengganu pun dapat bersama walaupun naik bas express kerana abang ipar tak sihat nak memandu. Selain doa selamat kerana adik masuk rumah baru, majlis doa selamat ini turut diadakan bagi mendoakan perjalanan umrah my Bonda dan abah bersama 2 ibu saudara, bapa saudara, 3 sepupu (seorang darinya membawa isteri dan anak lelakinya yang berusia 1++ tahun). Depa semua turut berkumpul di sini. Doa kami semoga mereka semua memperoleh umrah mabrur.
Bonda dan abah bersama adik-adik. Seminggu lebih orangtua Anim berkampung di KL kerana beberapa hari sebelum ini, pihak travel (Al Mukmin Travel) memaklumkan , surat nikah mereka berdua tidak diterima oleh pihak kedutaan Arab Saudi semasa proses visa. Alasannya, surat sumpah yang dibuat dulu sudah lama (tahun 90an) dan tak valid. Surat sumpah tu dibuat kerana sijil nikah yang asal (dekat 50 tahun) hilang dari simpanan. Mereka dikehendaki pergi ke Wisma Putera untuk urusan tersebut. Risau pada mulanya. Maklumlah, sebelum ni peraturan diketatkan bagi wanita berumur bawah 45 tahun yang pergi tanpa mahram.
Alhamdulillah...selesai semuanya. Kali terakhir mereka menunaikan umrah tahun 2009. Bonda kata.."berdebar-debar jugak perasaannya". Setuju...perasaan semasa nak berangkat ke Tanah Suci tak sama dengan perasaan nak ke lain negara.
Yang menghantar lebih ramai dari yang berangkat. Takkanlah kami yang keluarga besar ni nak conquer tempat duduk yang ada.
Cari tempat yang lebih santai dan relax sambil menanti penerbangan mereka pada jam 3 pagi. Mereka akan transit di Kuwait. Kenalah tukar duit sikit kat airport. Haaa..terkejut abah bila nilai wang dinar yang ditukar RM 115=10 dinar..huhu..menggeleng kepala dia. Nak kata apa bah, matawang depa kan yang tertinggi di dunia.
P/S Ini perjalanan pertama umrah mereka bersama Al Mukmin Travel yang diuruskan oleh kak Paezah (sepupu Anim) pensyarah di UiTM, Shah Alam yang ikut serta. Semoga dipermudahkan segalanya dan sabar serta redha dalam segala bentuk ujian.

# Rabu Yang Senyap 23: Stuntman Cilik Malaysia (to be..)
↧
Hujan di Belungkor@Kota Tinggi
Perjalanan hampir 40 minit ke Belungkor dari rumah MIL ditemani hujan lebat
22 tahun keluar masuk Kota Tinggi namun 1st time jejak Tanjung Belungkor.
.MIL dan FIL pun ikut sekali kerana mereka ber2 sendiri tidak pernah kemari.
Ramai pemancing yang menunggu hujan teduh di warung ini.
Hujan-hujan begini apa yang seronok selain tidur???? Berselera menikmati makanan waktu hujan di atas warung rakit ini. Adakala bergoyang apabila ada bot lalu. Suka....suka...
Kalau tak kerana hujan lebat, mahu saja kami menaiki bot, RM 1 seorang ini untuk menyeberang ke Tanjung Surat. Ada 30 rumah penduduk kampung di situ, katanya. Next time boleh sewa van di sana dan ronda-ronda tengok kampung.
Banyak tempat boleh diexlopre di sini..cuma kurang promosi..Mungkin kerana kedudukannya yang jauh ke selatan.
Terminal Ferry Tanjung Belungkor. Alternatif pengangkutan air untuk ke Singapore. Niat asal ke mari, nak cari tandas, huhu...
Beli tiket ferry di sini. One and the only one ferry service company. Lengang selengang-lengangnya waktu kami tiba.

Mahu cuba? 30 minit sahaja. Hari biasa 2 perjalanan waktu pagi dan petang. Tiap hujung minggu dan public holiday ditambah 4 perjalanan.
P/S Nama je orang Johor...ceruk negeri sendiri pun tak habis explore.
↧
Berdebar terima panggilan
3 hari lalu waktu HP berbunyi, tertera 12 nombor di skrin. Sah...ini mesti dari Bonda di Tanah Suci. Gembira suara Bonda memberitahu dia hendak ke Masjid Nabawi untuk solat Asar dan akan berangkat ke Mekah keesokan hari. Menerima panggilannya walaupun hanya sekali cukup bermakna kerana diri sendiri maklum, ada 10 lagi anaknya yang menunggu giliran. Si Abdul kata dah ada nombor tu, boleh tak dia telefon nenek atau atuk. Ooo...jangan kacau nenek dan atuk di sana. Selain beza waktu kita dan depa, biarlah nenek dan atuk tumpu ibadat sepenuhnya. Masa nenek dan atuk sangat berharga di sana. Bukan lama pun..14 hari saja.
Cerita fasal panggilan dari Tanah Suci ni, Anim tak boleh lupa panggilan dari Tanah Suci yang "tak mahu diterima" pada tahun 2006 ( tahun Haji Akhbar) kalau tak silap. Bonda dan abah berada di Tanah Suci kerana menunaikan fardu haji. Waktu itu, Anim tinggal di Batu Pahat. Nak jadi cerita, beberapa hari sebelum mereka wukuf di Arafah, adik ipar lelaki Anim yang tinggal di Kluang meninggal dunia akibat denggi. Kami semua menguruskan pengkebumiannya di Kluang. Kami adik beradik ada juga menyuarakan kepada pakcik, makcik dan saudara mara lebih tua, macamana nanti kalau Bonda telefon, adakah perlu kami ceritakan atau rahsiakan dahulu. Ada yang kata, beritahulah..tahun ni (tahun tu ) haji Akhbar, mudah-mudahan Bonda boleh doakan kesejahteraan arwah di sana. Ada juga yang kata, jangan dulu. Biar mereka tumpu ibadah haji di sana.
Malam pertama nak buat kenduri arwah di rumah adik, ada beberapa barang yang tidak cukup. Anim, 3 Abdul dan adik lelaki bujang balik ke rumah Bonda ( 30 minit dari rumah adik) untuk mengambil tikar dan pinggan mangkuk. Sepanjang perjalanan, kami berdoa supaya tiada panggilan dari Tanah Suci. Sibuk mengangkut barang ke dalam kereta, tiba-tiba telefon rumah berbunyi. Masing-masing berpandangan sesama sendiri. Hati kami kuat mengatakan..itu mesti Bonda. Kami meminta adik mengangkat telefon kerana dialah yang berada di rumah, menjaga rumah Bonda. Tapi dia menolak, tak tau nak corner sana, corner sini kalau Bonda tanya.
Anim pun tak sanggup. Tak tahu nak sembunyikan getar suara yang sedang bersedih. Tak pandai nak berlakon bila ditanya kenapa Anim ada di rumah Bonda, tak mengajar ke? Tak diangkat, bimbang Bonda risau. Mana pergi adik-adik di rumah. Akhirnya Encik Suami mengambilalih tugas. Dari lirik matanya, sah...panggilan dari Tanah Suci. Seperti yang dijangkakan, bertubi-tubi soalan yang perlu dijawab. Akhirnya terkeluar juga cerita sebenar dari mulut Encik Suami. Menurut Encik Suami, selepas mendapat cerita sebenar, Bonda terdiam dan terdengar esakannya di telefon. Sedih betul waktu itu.
Menurut cerita abah, sewaktu menerima berita kami, Bonda duduk terjelepuk. Tahun 2006 mereka pergi, takde hp macam sekarang. Kena tunggu giliran telefon di kedai. Kata abah, ada jemaah yang beratur di belakang Bonda bersuara, "Kenapalah tak simpan dulu berita itu?". Abah kata Bonda bersedih sangat dalam seminggu itu di Tanah Suci. Benar, kami rasa bersalah. Kami niat nak berselindung tapi terperangkap oleh soalan-soalan dari Bonda. Naluri Bonda sendiri pun kuat agaknya..manakan tidak malam nak buat kenduri arwah, malam itu pulak tergerak dia menelefon rumah.
↧
↧
Madhinat Hadramawt Restaurant@Batu Pahat
Dah lama nampak restoran Timur Tengah ni di Bukit Pasir, Batu Pahat. Menyinggah je tak pernah kerana sesekali balik BP, penangan Nasi Beriyani Md Shah di Peserai lagi kuat, huhu. CNY ni hujan memanjang, kereta banyak di jalanraya, malas nak ke Peserai. Kami terus ke Madhinat Hadramawt Restaurant.
Kami ni tak reti nak makan roti untuk lunch. Mesti nak cari nasi.
Ada 2 partition yang dipisahkan dengan dinding, non smoking area dan smoking area. Ruang makan di smoking area ni lengang tak de orang (pelanggan lain memenuhi ruang makan non smoking area) kami pun decide duduk kat ruang yang lengang eventhough Encik Suami bukan perokok. Sampai ke sudahnya hanya Anim dan 3 Abdul saja kat ruang makan smoking area tu...
Nasi Kabhshah Ayam bersama Madhinat Salad yang marvellous. Chef dari Yemen. Ni Encik Suami punya. Dia tak makan daging.
Mandy Chicken untuk si Abdul 2.
Mandy Lamb untuk Mem Besar..
Arabic Tea Pot ni untuk kami ber2 (RM6) tapi boleh diminum untuk 3 orang..
Si Abdul 1 ni tak tahulah nak cakap apa. Spesis tak suka makan nasi. Tu sebab badan cekeding aja. Sedap katanya Fish and Chip ni. RM10 je.
Cream Carramel , dessert penutup.
P/S Alangkah bagusnya kalau dapat menikmati Nasi Beriyani yang popular di BP dalam restoran cantik seperti ini. Bilalah agaknya ya? Tak sanggup rasanya nak beratur dan duduk mencari-cari tempat kosong sambil membawa pinggan di tangan. Kalau dah ada nama dan terkenal rasa, sure orang akan cari walau ke ceruk mana.

Hentian Rehat RTC@Gopeng
Seminggu sekolah cuti CNY (cikgu Cina sorang, murid takde langsung) , hari ni dah ada di SP semula. Esok sekolah maa..
Biasanya on the way balik ke Utara, Anim dan 3 Abdul akan jamu selera (simple je..maklum, co-pilot, kalau kenyang sangat, mengantuk lak) di Hentian Sebelah Simpang Pulai dan solat jamak di Hentian Sebelah Taiping. Sesekali sekala je berhenti di Hentian Rehat Tapah dan bertambah jarang singgah Hentian Sg.Perak. Kali ni kami menyinggah Hentian Sebelah RTC yang baru dibuka.
Kalau setakat nak berhenti solat, boleh parking kenderaan kat sini. Tapi kalau bercadang nak solat, isi perut dan cuci mata and shopping. drive turun ke bawah. Dekat sikit..
Surau yang disediakan.
Pasaraya MYDIN yang baru dibuka. Banyak kiosk kecil ditutup. Kata cleaner yang Anim dok sembang, pengunjung tak ramai so ramai peniaga yang tutup kedai, tarik diri dari menyewa. Tunggu cuti perayaan, cuti sekolah baru ramai pengunjung agaknya. Letih juga menunggu 2 Abdul ni cuci mata. Heran betullah bila anak lelaki suka window shopping walhal itu bukan minat Anim dan Encik Suami. Pergilah ke mana saja, akan terkeluar dari mulut mereka, "Bila kita nak shopping?". Next time, kalau nak rushing balik...memang tak boleh berhenti sini.
Jamu selera di Singgah Medan Selera. Western food ada, Rojak Singapore ada. Cendol ada, Mee dan Sup ada..macam-macam lagilah.
Biasalah..seats gerai Nasi Kandar jugaklah yang penuh.
Set Roti Nan yang lembut..RM8 ni memang boleh dipuji. Satu set tu cukup untuk kami 4 beranak.
Mak Bapak tak boleh tunggu lagi. 2 Abdul ni kalau bagi masa, boleh lekat lama. Lepas makan cuba kerusi urutlah pulak. Udahle tu weii..sejam dah habis masa kat sini. Dah larut malam ni ..Sg.Petani jauh lagi...
P/S Ternampak Restoran KFC dan satu lagi Medan Selera disediakan.

Takutkan yang mana?
Takutkan MANUSIA.....
Kita akan menjauhinya
tetapi
Takutkan ALLAH SWT....
Kita akan mendekatiNya
~ Hari ni sekolah tak cukup cikgu. Ramai keluar taklimat petugas pilihanraya. Semput kami yang tertinggal~
↧
#Rabu Yang Senyap 24: PAKAR Mee Udang
Jangan ingat hospital dan klinik je boleh letak PAKAR. Depa kata Mee Udang depa "Gabungan Resepi Mee Udang Kuala Sepetang dan Pulau Sayak.
P/S Orang SP memang pandai buat pomosi.
P/S Orang SP memang pandai buat pomosi.
↧
↧
Nilah rupa saya (wahai kak Seri)
Memenuhi permintaan Seri yang teringin nak lihat muka innocent anak-anak cilik yang bermain dengan tanah liat dalam e n t r y t e r d a h u l u. Meh kenal 3 yang terpopular...
Model "anjing" yang dikatakan tulang ikan dan lembing tu, hasil tangan Nur Fitri ni.
Ni pulak Hazwani yang membentuk 9 biji teloq tu, huhu. Pemalu dan pendiam orangnya, dia dengan dunianya saja, tak suka nak memanjangkan leher memerhatikan hasil kerja kawan-kawannya yang lain. Tu yang terbantut idea....teloq yang keluar!
Amirul Asyraf nilah yang membentuk 3 biji mercun bola yang amazing tu, haha.. Tengoklah, dia bukan reti buat kerja kat meja sendiri. Mesti nak merayap. Tak heranlah mercun bola menjadi ideanya.
P/S Anak-anak cilik ni tak tau berdendam. Hari ni kena tegur, kena marah..esok mai lagi kerumun cikgu dia.

Bagaimana Membuatkan Anak-anak Lelaki Bercakap?
2 Abdul- sorang mulut macam ada emas, sorang mulut tak reti diam.
Orang lelaki sememangnya diprogramkan untuk aktiviti. Oleh sebab itu, kunci supaya mereka lebih banyak bercakap adalah aktiviti. Ibu yang mahu bercakap lebih banyak dengan anak-anak lelaki sepatutnya melakukan aktiviti bersama mereka tidak kiralah aktiviti itu adalah melukis, bersenam ataupun bermain komputer. Ajak mereka berbual pada masa itu.
Anak-anak lelaki tidak suka bertentang mata tetapi ibu-ibu gemar berbuat demikian
Dengan melakukan aktiviti, anak-anak lelaki dapat mengelak daripada banyak bertentang mata. Walau bagaimanapun, aktiviti mereka terhenti-henti ketika menjawab soalan. Sukar bagi mereka melakukan dua perkara dalam satu masa. Apa pun, objektif utamanya adalah bagi membuatkan mereka bercakap dan itu berjaya. Strategi yang sama perlu dilakukan ke atas lelaki dewasa. Namun, jangan pula sibuk mengajaknya berbual pada waktu yang kritikal seperti dia sedang memasang mentol.
Sumber: Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps oleh Allan & Barbara Pease
↧
Buah tin, buah bidara, buah delima & beg lambung-lambung
Bonda dan abah Anim selamat tiba di tanahair dari menunaikan umrah petang semalam. Anim tak berkesempatan turun ke KL untuk menyambut mereka kerana hari ni Bonda dan Abah akan pulang ke Johor. Hanya mendengar khabar dan cerita mereka dari telefon. Alhamdulillah, mereka semua sihat. Cuma agak keletihan kerana transit 5 jam di Kuwait katanya.
Camnapun...ole-ole dari Mekah untuk kami di SP sudah tiba malam tadi. Oooo...ada pos laju ke waktu malam? Bukan..bukan...kebetulan Encik Suami keluar bertugas di Ampang selama 4 hari. Kesempatan yang ada digunakan untuk menziarahi Bonda dan Abah di rumah adik sebelum bertolak pulang ke SP malam tadi. Rezeki jauh ni...
Buah tin, buah bidara dan buah delima fresh tu Bonda beli di tepi laut berdekatan Masjid Terapung di Jeddah. Kurma Ajwa dan lain-lain sempat dikirimkan.
Buah delima ni dari Pakistan katanya. Favourite my Abdul 1.
Celak mata dan beg "lambung-lambung" untuk Anim ni dibelinya di Madinah. Mana timbul "lambung-lambung"? . Bonda kata masa kuar Masjid Nabawi, si penjual dok lambung-lambung beg itu. Kalau kat kedai SR20 tapi yang lambung-lambung ni SR10 saja. Ala, tak kisahlah. Janji dibawa dari bumi Madinah dan Mekah yang pernuh keberkatan itu. Bonda ada ramai anak, menantu, cucu...kita pun faham, payah nak cari ole-ole dalam masa yang terhad. Ikut kami, tak payah bawa balik apa pun tak pe..tapi dah nama orangtua kan..
Bonda dan abah kata tak sempat nak cari botol untuk isi air zamzam dan keluarkan jubah untuk dipilih. Insya-Allah, lepas settle majlis aqiqah dan cukur jambul cucu terbarunya, Qaisara Irdina (dia berusia 14 hari waktu kami menjengoknya di rumah nendanya di Pt Sulong tempohari) Bonda dan abah bercadang nak ke SP .